Tuesday 6 August 2013

Sepetang bersama Perdana Menteri Malaysia

Pencetak al-Quran terbesar

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia berhasrat untuk muncul sebagai negara kedua terbesar pencetak kitab suci al-Quran selepas Madinah al-Munawwarah (Arab Saudi).


Sehubungan itu, beliau berkata, jalinan kerjasama antara Yayasan Restu dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) mewujudkan Pusat Percetakan al-Quran Mushaf Malaysia boleh disifatkan sebagai usaha awal bagi mencapai hasrat tersebut.


"Ini merupakan satu impian yang saya sendiri dukung dan sokong sepenuhnya," katanya ketika berucap melancarkan penubuhan Pusat Percetakan al-Quran Mushaf Malaysia di PNMB di sini hari ini.


Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi PNMB, Tan Sri Dr. Zulkifli A. Hasan; Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa dan Pengarah Urusan PNMB, Izham Yusoff.

Sumber-Utusan Online 5 Ogos 2013

Ulasan:-
Tahniah PNMB

No comments: