Saturday 31 August 2013

HARI KEMERDEKAAN KE-56

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

  • Selamat hari merdeka buat Malaysia untuk kali ke 56.
  • Tema merdeka tahun ini amat cantik sekali - "Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku".
  • Logo nampak ringkas tapi penuh bermakna.
  • Semoga Malaysia terus aman dan makmur serta dilindungi Allah SWT.



Friday 16 August 2013

Kedai online


  • i-Pmart - Kedai gadget online terbesar dengan Android Devices terkini, Smartphones, Tablet, Laptop, Kamera, Aksesori Telefon dan banyak lagi dengan penghantaran secara percuma
  • Mesra pelanggan, mudah dilayari, perkhidmatan yang cepat dan boleh dipercayai.
  • Alamat URL www.ipmart.com.my
Selamat membeli-belah

Thursday 15 August 2013

Kembali bertugas yob!

Setelah puas bercuti dan berhari raya, kini masanya untuk berkerja semula.
Janji ditepati.

Thursday 8 August 2013

Pagi Raya

Dipagi raya ni, sambil-sambil makan ketupat, rendang juga air sirap, apa kata kita dengar lagu raya klasik, maklumlah teman ni orang lama yob.


Lirik: Suara Takbir

Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Illahi


Suara azan menyahut

Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti
Kepada Illahi Tuhan Maha Suci


( korus )

Terdengar suara takbir
Memuji nama Illahi
Rasa dalam kalbu
Tenteram dan aman selalu


Kini tiba masanya

Hati gembira di Hari Raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf-maafan dengan keikhlasan

( ulang dari korus )


Tuesday 6 August 2013

Sepetang bersama Perdana Menteri Malaysia

Pencetak al-Quran terbesar

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia berhasrat untuk muncul sebagai negara kedua terbesar pencetak kitab suci al-Quran selepas Madinah al-Munawwarah (Arab Saudi).


Sehubungan itu, beliau berkata, jalinan kerjasama antara Yayasan Restu dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) mewujudkan Pusat Percetakan al-Quran Mushaf Malaysia boleh disifatkan sebagai usaha awal bagi mencapai hasrat tersebut.


"Ini merupakan satu impian yang saya sendiri dukung dan sokong sepenuhnya," katanya ketika berucap melancarkan penubuhan Pusat Percetakan al-Quran Mushaf Malaysia di PNMB di sini hari ini.


Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi PNMB, Tan Sri Dr. Zulkifli A. Hasan; Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa dan Pengarah Urusan PNMB, Izham Yusoff.

Sumber-Utusan Online 5 Ogos 2013

Ulasan:-
Tahniah PNMB

Saturday 3 August 2013

Bazar Ramadan


1. Sedap

2. Lazat


3. Segar

4. Nyaman

5. Lemak berkrim disukai ramai


Friday 2 August 2013

Saya mesti pilih!

Belilah dan berbelanjalah dengan barangan buatan islam 
sempena bulan puasa dan hari raya nanti.
Ini kalilah yob!